Sunday, November 20, 2005

tips to be rmembere

From: ROSWATISHALINA BT ABDUL RAZAK
Date: 28-Oct-2005 02:45 PM
A'kum Puan dan kekawan semua...

First of all... happy fasting month..
Terima kasih pada Razmuna.. rasanya kak ayu cuba buat yang terbaik sahaja. Kepada Azwan.. nama kak ayu yang sebenarnya Roswatishalina...

Saya hanya nak berkongsi point dengan kekawan semua tentang bagaimana nak jawab soalan PAD. Kalau jawab soalan tu biasanya jangan jawab dalam satu para yang terlalu panjang. Biasakan jawab dengan ringkas tapi ada isi... contohnya....

Terangkankan Birokrasi...

Nyatakan perihal Birokrasi..Siapa dan definisinya.. ringkas sahaja.

Ciri-ciri..
i) tajuk main point...
isi/elobrate tajuk tersebut
contoh
---> pengkhususan
Salah satu ciri birokrasi adalah pengkhususan. Setiap pekerja/kakitangan akan dibahagikan kerja @ aktiviti mengikut kebolehan atau merit mereka. Pengkhususan merupakan sebahagian daripada pembahagian kuasa atau tugas yang sistematik. Contoh pengkhususan kerja adalah seperti kerani akaun di mana dia hanya terlibat dengan akaun/kewangan(perbendaharaan) tanpa di campur dengan perihal pentadbiran.

Kebaikkan..
* dari ciri-ciri tersebut u all boleh fikir sendiri jawapannya.. contoh..
i)Kecekapan dan Keberkesanan
Pengkhususan dalam Birokrasi mewujudkan kakitangan yang cekap. Apabila kakitangan tersebut menjalankan kerja yang rutin setiap hari, maka secara tidak langsung ia akan memberikan kesan yang positif terhadap kerjanya. Contohnya apabila kerani akaun tersebut setiap hari melakukan kerja akaun, maka dia akan peka terhadap kerjanya dan mudah untuk mengesan sebarang masalah.

Keburukan...
* Setiap yang baik mesti ada keburukkan.. hanya cara penghuraiannya berbeza... contoh..
i) Kebosanan
Apabila seseorang kakitangan itu melakukan kerja yang sama @ rutin (hasil dari pengkhususan kerja)setiap hari, maka lama-kelamaan akan timbul perasaan bosan pada dirinya. Tugasnya menjadi tidak mencabar. Pekerja tersebut tidak bekerja sepenuh perhatian kepada tugasnya dan akibatnya menjejaskan mutu kerja.

I'm not the perfect one but then normally i'm using the same format. Adakalanya jawapan bagi sesuatu soalan tu berkaitan antara satu sama lain. Jangan terlalu ikut pada bahasa buku. jawap apa yang kita faham menggunakan bahasa mudah dan ringkas tapi tepat. Adakalanya kalau kita terlupa dengan jawapan @ isi... cuba lihat pada jawapan yang lain.. cuba "pusingkan"nya.. contohnya seperti yang telah saya terangkan di atas..( ciri2 - kebaikan - keburukan).

Oklah...
Puan Norriati.. maaf jika saya tersilap. Saya hanya ingin berkongsi dengan yang lain sahaja.Terima kasih di atas tunjuk ajar puan selama ini.
Kepada kekawan yang lain...
Selamat menghadapi peperiksaan akhir. Semoga kita sama-sama memperolehi markah yang baik.
thanksss...


Komen aku plaks, ada lecturer suka jawab point, ada plak yg kata jgn jawab point macam budak sekolah rendah.
AKu tak tau mana satu yg betul.. bagi aku kalau jawab point, samalah macam membaca buku, kalau jawab secara panjang, mcm nak buat jounalism lah pulak.

Yg aku keliru sampai sekarang, perlu tak aku biasakan diri jawab dalam bahasa omputih ni???? Mcm tak perlu jek...

1 Comments:

At 9:07 PM, Blogger Ibu Aina Iman said...

aku pun tak sure...tapi pada pendapat aku..ko teruskan je la tulis omputih tuh...at least kio pandai sket dr aku...ok la sayonara...

 

Post a Comment

<< Home